Monday, October 26, 2009

MAK SAYA NAK KAHWEN.......




Hang pa nak Kawen....
Hang pa matang x lagi.....
nie aku nak cerita tentang persediaan seseorang untuk kawen...
dengar la nie..... penting nie.......Ceritanya bermula cam nie.....
..............
Al Kisah....dengan trsebutnya kisah....

Majlis akad nikah itu baru sahaja selesai.Saya dan beberapa orang sahabat masih
menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah.Tiba-tiba seorang
lelaki tua yang memang saya kenali menarik
tangan saya dan bertanya,

"Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?"

Saya lantas bertanya,

"Tuk dulu kahwin cepat?"

"Umur 15 tahun,nenek kau dah dapat anak seorang..."

Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5
sekarang.Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.

"Bahagia Tuk?"

"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!"

Terhibur saya berbual dengannya,semuanya diukur dengan angka.

"Saya berkahwin pada umur 21 tahun.Waktu tu masih menuntut lagi,orang
heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta.Sengaja mengundang
reaksi.Tuk…

"Tak sabar? Pelik,kalau zaman Tuk,tu kira terlajak dah tu!"

"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam mengusik.

"Eh,taklah.Kalau nak buat baik,eloklah cepat.Selamat dari maksiat.

Kalau betul tak sabar,Tuk ni lagilah tak sabar...umur 17 tahun dah kahwin,heh,
heh, heh..."

"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi
soal dah bersedia atau tidak?"

"Setuju.Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..." tajam Tuk
membalas.

"Kalau ikut pandangan Tuk,apa agak-agaknya persediaan tu?"

"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."

Terkedu saya dibuatnya.Tuk ni bukan sebarang orang.

"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur...Asal akil baligh dah boleh
kahwin.Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat,pendapatan yang
cukup,tapi yang penting kematangan diri...Ertinya,seseorang yang nak
kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik,dah boleh sedikit
sebanyak kawal perasaan,dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang."

Saya menung panjang.Tertikam di sudut hati petanyaan,sudahkah saya
matang sewaktu mula berkahwin dahulu?



"Jangan menung...Tuk cuma kata,dah sedikit sebanyak matang.Tak payah tunggu
matang betul...nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat membaca fikiran
saya.Walau tanpa ijazah,Tuk sebenarnya sedang
menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak
dapat ditimba di mana-mana menara gading.

"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan.Malu rasanya untuk
diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini.Terasa terlambat!

"Tentulah dengan ilmu.Dulu Tuk dan kawan-kawan...umur sebelas tahun dah khatam
Quran.Dah selesai belajar ilmu fardu ain.Rukun sah,batal dan lain-lain ilmu asas
dah OK.Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah fil ilmil hadis,baik lelaki,baik
perempuan.Dah diterangkan tanggung jawab suami,isteri dan asas-asas kerukunan
rumah tangga."

"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.

"Eh...perlu.Mesti ada ilmu untuk cari rezeki.Yang otak baik,jadilah guru,pegawai
kerajaan...ikut keadaan zaman tulah.Tuk ni tak nasib baik...kerja kampung
sahaja,guna tulang empat kerat,buka tanah.

Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni..."

"Tapi sekarang Tuk dah senang.Dengarnya dah dua kali naik haji."

"Tak senang.Tapi mudah-mudahan...tenang.Tulah doa Tuk,biar hidup kita tenang."

"Agaknya sebab kurang matang inilah orang sekarang kahwin lambat?"
cuit saya,kembali ke tajuk asal.

"Nie agak Tuklah.Budak sekarang tak macam dulu.Mereka ni macam lambat matang.

Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas.Dah berdikari,dah boleh harap jaga emak
bapak.Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar...tapi sekarang lain,umur
dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh
sekali."

Terbayang kekesalan di wajahnya.Dia menyambung, "Sekali tu Tuk tengok
betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin
tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk Qadhi.Bila tanya rukun
sembahyang,geleng kepala.Yang dihafalnya rukun nikah saja..."

"Kalau macam tu macam mana?"

"Baik tak usah kahwin.Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti?
Tue baru ilmu yang paling asas,belum lagi ilmu... apa orang kata...... parenting
skill."

"Tuk pun tahu parenting skill?"

"Sekarang nie macam-macam sumber ilmu ada.Di radio,tv,ceramah,
buku-buku... ah,macam-macam."

"Tapi Tuk,kalau tak kahwin pun susah juga...Nanti terjebak dengan maksiat,"
kilas saya.

"Tuelah,ajaran Islam ni macam mata rantai.Lepas satu disambung satu. Bermula
dengan yang paling utama,diikuti yang kedua,ketiga dan
seterusnya...Ilmu tauhid,fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia. Diiring
ilmu akademik.Jadi,bila dah nak kahwin nanti,ilmu tue semua dah
ada.Persediaan agama ada,persediaan material ada."

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya
belum bersedia,dari segi material dan agama?"

"Apapun biarlah berpada-pada.Kalau nak diikutkan ilmu agama...sampai mati pun
tak akan habis dituntut.Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas
kahwin.Begitu juga soal material,soal kerja,
profesion...Nie pun tak akan habis-habis.Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan
diri.Jangan sampai terlanjut usia sudahlah.Jangan nanti ilmu ada,matang
ada,duit ada,calon pulak tak ada..."

"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan yang berbau
akademik tanpa saya sedari.

"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam,keadaan jadi agak
lintang-pukang sekarang.Yang berkat jadi mudarat.Tak dikahwinkan, membuat
maksiat.Bila dikahwinkan,tak bertanggungjawab."

"Antara dua keadaan nie... yang mana patut kita pilih?"

"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk...pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita
membuat pilihan!"

Saya terdiam.Kagum.Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para
sarjana!

............





Oo...camtu....
so leh la saya kahwen kan....
dah sedia nie.....
tp Tunggu...umur 28 tahun nanti....
InsyaAlllah....

2 comments:

  1. xperlu senang asal tenang...aku suka ayat tue..

    tapi skang nak kawen mmg susah..hantaran je beriban bro...

    ReplyDelete
  2. memang lah...
    so usaha kena lebih la sekarang kan....
    Tuhan dan tetapkan jodoh kita daripada azali lg....
    so kita kena usaha untuk mendapatkannya..walaupun sekarang banyak halangan bakal mengundang.......
    good luck bro...

    ReplyDelete