Friday, October 30, 2009

Apa Yang Anda RAsa.....

Assalamualaikum.....pada saat ini ....saat saya Taip This Post for You All.....Saya ter fikir tentang HATI DAN PERASAAN setiap manusia.....yang menjalani Kehidupan YAng penuh dengan rintangan...So...dengarlah sayutan Hati dan perasaan ku....dan mungkin perasaan mu juga....



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul... kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup...yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.



Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Itulah YAng KIta MAhukan Sebenarnya.....MUsahabahlah diri........

Wassalam........


Monday, October 26, 2009

MAK SAYA NAK KAHWEN.......




Hang pa nak Kawen....
Hang pa matang x lagi.....
nie aku nak cerita tentang persediaan seseorang untuk kawen...
dengar la nie..... penting nie.......Ceritanya bermula cam nie.....
..............
Al Kisah....dengan trsebutnya kisah....

Majlis akad nikah itu baru sahaja selesai.Saya dan beberapa orang sahabat masih
menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah.Tiba-tiba seorang
lelaki tua yang memang saya kenali menarik
tangan saya dan bertanya,

"Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?"

Saya lantas bertanya,

"Tuk dulu kahwin cepat?"

"Umur 15 tahun,nenek kau dah dapat anak seorang..."

Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5
sekarang.Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.

"Bahagia Tuk?"

"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!"

Terhibur saya berbual dengannya,semuanya diukur dengan angka.

"Saya berkahwin pada umur 21 tahun.Waktu tu masih menuntut lagi,orang
heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta.Sengaja mengundang
reaksi.Tuk…

"Tak sabar? Pelik,kalau zaman Tuk,tu kira terlajak dah tu!"

"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam mengusik.

"Eh,taklah.Kalau nak buat baik,eloklah cepat.Selamat dari maksiat.

Kalau betul tak sabar,Tuk ni lagilah tak sabar...umur 17 tahun dah kahwin,heh,
heh, heh..."

"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi
soal dah bersedia atau tidak?"

"Setuju.Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..." tajam Tuk
membalas.

"Kalau ikut pandangan Tuk,apa agak-agaknya persediaan tu?"

"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."

Terkedu saya dibuatnya.Tuk ni bukan sebarang orang.

"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur...Asal akil baligh dah boleh
kahwin.Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat,pendapatan yang
cukup,tapi yang penting kematangan diri...Ertinya,seseorang yang nak
kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik,dah boleh sedikit
sebanyak kawal perasaan,dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang."

Saya menung panjang.Tertikam di sudut hati petanyaan,sudahkah saya
matang sewaktu mula berkahwin dahulu?



"Jangan menung...Tuk cuma kata,dah sedikit sebanyak matang.Tak payah tunggu
matang betul...nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat membaca fikiran
saya.Walau tanpa ijazah,Tuk sebenarnya sedang
menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak
dapat ditimba di mana-mana menara gading.

"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan.Malu rasanya untuk
diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini.Terasa terlambat!

"Tentulah dengan ilmu.Dulu Tuk dan kawan-kawan...umur sebelas tahun dah khatam
Quran.Dah selesai belajar ilmu fardu ain.Rukun sah,batal dan lain-lain ilmu asas
dah OK.Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah fil ilmil hadis,baik lelaki,baik
perempuan.Dah diterangkan tanggung jawab suami,isteri dan asas-asas kerukunan
rumah tangga."

"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.

"Eh...perlu.Mesti ada ilmu untuk cari rezeki.Yang otak baik,jadilah guru,pegawai
kerajaan...ikut keadaan zaman tulah.Tuk ni tak nasib baik...kerja kampung
sahaja,guna tulang empat kerat,buka tanah.

Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni..."

"Tapi sekarang Tuk dah senang.Dengarnya dah dua kali naik haji."

"Tak senang.Tapi mudah-mudahan...tenang.Tulah doa Tuk,biar hidup kita tenang."

"Agaknya sebab kurang matang inilah orang sekarang kahwin lambat?"
cuit saya,kembali ke tajuk asal.

"Nie agak Tuklah.Budak sekarang tak macam dulu.Mereka ni macam lambat matang.

Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas.Dah berdikari,dah boleh harap jaga emak
bapak.Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar...tapi sekarang lain,umur
dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh
sekali."

Terbayang kekesalan di wajahnya.Dia menyambung, "Sekali tu Tuk tengok
betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin
tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk Qadhi.Bila tanya rukun
sembahyang,geleng kepala.Yang dihafalnya rukun nikah saja..."

"Kalau macam tu macam mana?"

"Baik tak usah kahwin.Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti?
Tue baru ilmu yang paling asas,belum lagi ilmu... apa orang kata...... parenting
skill."

"Tuk pun tahu parenting skill?"

"Sekarang nie macam-macam sumber ilmu ada.Di radio,tv,ceramah,
buku-buku... ah,macam-macam."

"Tapi Tuk,kalau tak kahwin pun susah juga...Nanti terjebak dengan maksiat,"
kilas saya.

"Tuelah,ajaran Islam ni macam mata rantai.Lepas satu disambung satu. Bermula
dengan yang paling utama,diikuti yang kedua,ketiga dan
seterusnya...Ilmu tauhid,fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia. Diiring
ilmu akademik.Jadi,bila dah nak kahwin nanti,ilmu tue semua dah
ada.Persediaan agama ada,persediaan material ada."

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya
belum bersedia,dari segi material dan agama?"

"Apapun biarlah berpada-pada.Kalau nak diikutkan ilmu agama...sampai mati pun
tak akan habis dituntut.Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas
kahwin.Begitu juga soal material,soal kerja,
profesion...Nie pun tak akan habis-habis.Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan
diri.Jangan sampai terlanjut usia sudahlah.Jangan nanti ilmu ada,matang
ada,duit ada,calon pulak tak ada..."

"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan yang berbau
akademik tanpa saya sedari.

"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam,keadaan jadi agak
lintang-pukang sekarang.Yang berkat jadi mudarat.Tak dikahwinkan, membuat
maksiat.Bila dikahwinkan,tak bertanggungjawab."

"Antara dua keadaan nie... yang mana patut kita pilih?"

"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk...pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita
membuat pilihan!"

Saya terdiam.Kagum.Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para
sarjana!

............





Oo...camtu....
so leh la saya kahwen kan....
dah sedia nie.....
tp Tunggu...umur 28 tahun nanti....
InsyaAlllah....

Tuesday, October 13, 2009

SAYA SAYANG AWAK..

I LOVE U... I MISS U... AKU CINTA PADAMU...
Inilah sebahagian drp ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg
sedang 'mabuk cinta'. CINTA, ia mmg mudah diucap, ttp adakah kita
semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu
ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan
diri dlm perkara ini.



Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yg bermaksud perasaan kasih sayang
yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi
yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta
dibeli dgn wang ringgit.

Seperti lagu Aris Ariwatan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dan nyanyian
kumpulan Budak Kaca Mata 'Cinta Tak Perlu Dipaksa'.




Berbalik kpd 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan
padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT. Dalam
tasawuf, 'MAHABBAH' beerti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg
menyalahi perintahNya.

Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran:-
"... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan
mereka pun mencintaiNya..." Al-Maidah, ayat 54
" Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH
mengasihi dan mengampuni dosamu..." Al-Imran, ayat 31

Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya
didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg
sebenarnya,InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana
kaca. Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi
cinta pada org lain'

Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorg wali
wanita yg hidup atr 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya
merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan
hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT.

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda???
Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya
cinta???
Atau...
adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa
nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta
suci???

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2
mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan
maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yg diharapkan menjadi
teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di p[ulau
impian???
Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan
kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!! Semua
perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN...

Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg
perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta
penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya. Tetapi, berhati-
hatilah krn sesetgh drp sikap yg penuh sopan santun itu, kekadang
penuh pula dgn kepura-puraan.

INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg
melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan spt cinta
atr 'Romeo dan Juliet', mahupun cinta 'Laila dan Majnun'...
Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintanya Rasulullah dgn Khadijah
Aisyah serta Saidina Ali dgn Fatimah.

Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran krn ia
bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban.

Wahai REMAJA...
Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdg
dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga.
CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN
HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG...
InsyaAllah...

Wallahu'Alam...
Sila sebarkan kata2 ini pada sahabat2 yang lain... sesungguhnya ini
adalah salah satu jln utk berdakwah dan menasihati diri kita serta
sahabat2 kita yg lain... semoga anda semua dicucuri Rahmat dari ALLAH
SWT... Wassalam...


Saturday, October 10, 2009

Kisah 9 Jenis Anak Syaitan

Simpanlah baik-baik tazkirah ini dan sebarkan pada rakan rakan anda sebagai
peringatan kita setiap hari di mana syaitan-syaitan laknatullah ini mengganggu
hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka .Sampaikan
kepada sekelian muslimin/muslimat
yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat,
InsyaAllah .

Saidina Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya
manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.


2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan
kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar
nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa
kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa
sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan
rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat
dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Bacaan untuk menolak gangguan syaitan


Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.


Wallahu A'lam.


Friday, October 9, 2009

15 Sebab Turunnya Bala

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh
At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib,Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut,maka layaklah mereka ditimpa
bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada
orang-orang yang tertentu sahaja.


2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.


4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu,maka pada saat itu
tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau
gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas,tidak dapat tidak kita akan
menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca
daripada perbuatan mereka sendiri.Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh
Islam,semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke
akhirat.

Wallahu A'lam...

Bakal Teman Hidup Ku

Assalmualaikum….hai…semua yang menatapi laman Blog For You All. Kali ini saya ingin ceritakan tentang cateria bagi bakal teman hidup saya sebab setiap manusia wajib dan berhak memilihnya kerana ianya melibatkan masa depan seseorang. Kita merancang Tuhan menentukan………
First….sekali…. iaberkaitan degan Agama……Dia.. mestilah beragama…Islam… kalau x…saya x boleh nikah…. Dengan dia..... kecuali...dia ahlikitab..........


kedua........




Akhlak....Akhlak...dia mestilah baik seperti wanita solehah supaya dia dapat memberi tunjuk ajar saya apa yang saya tidak tahu disamping saya mendidik dia mendidik dia..kerana...isteri adalah pelengkap kepada kekurangan yang ada pada kita...dan kita adalah pelengkap bagi dia kerana tiada manusia yang sempurna... Setiap manusia ada kelemahannya dan ada kelebihan tersendiri...


Ketiga..kecantikan... Seseorang tue cantik x semestinya kena pakai makeup banyak2....bibir...kena....merah pakai baju cantik2...kita.. orang ISLAM kan ada..Adab2 berhias diri...so...Aplikasilah ia dalam ...kehidupan...kita... kecantikan yang saya maksudkan nie adalah...kecantikan daripada kecantikan akhlak dia... Jika...cantik akhlak...dia maka cantiklah dia...Sya beri contoh suami Zaman sekarang yang kehendakkan isteri yang cantik..mungkin dia akan mencari yang lain jika isterinya tidak pandai menghias dia diri dan tidak mempunyai akhlak yang baik...
untuk memjadi tauladan anak2 dia nanti......

Yang jadi pilihan hati dan sedap mata memandang ialah saya suka orang yang pakai kaca mata.....nampak cute... Ianya juga menunjukkan keayuan seorang wanita dan menunjukkan dia seorang yang matang...dan...yang..penting...dia...sayangkan aku redha akan Saya sebagai teman hidup dia yang ditentukan oleh Allah SWT kepadanya...And dapat terima keluarga saya dan keluarga saya terimanya dan merestuinya sebagai teman hidup saya......

Saya harap semua yang diharapkan oleh saya akan dizini dan diberkati oleh Allah...



Wassalam...........

Thursday, October 1, 2009

Beauty of Mathematics !!!!!!!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111




9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321



Now, take a look at this...


101%



From a strictly mathematical viewpoint:



What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?


What equals 100% in life?


Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:


H-A-R-D-W-O- R- K

8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%


And:

K-N-O-W-L-E- D-G-E

11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%


But:

A-T-T-I-T-U- D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%



THEN, look how far the love of God will take you:



L-O-V-E-O-F- G-O-D

12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

It's up to you if you share this with your friends & loved ones just
the way I did..

Have a nice day & God bless!!