Friday, October 8, 2010

Hari Nie Ku ponteng lagi.....

Assalamualaikum......

first...thank sebab sudi membaca post yang dipaparkan lam blog yang blog yang kian lama ditinggalkan nie......

bila tengok tajuk mesti korang rasa aku nie ponteng kelas or ponteng kuliah.....
aik kelas ngan kuliah x samaer ker....
just kidding....

Aku hanya ponteng Latihan PALAPES yang memenatkan untuk
menghadiri bengkel Open Source untuk special topik...bagi progaram Komputer Sains...

....????
mesti anda x tahu kan PALAPES tue aper....
PAsukan LAtihan PEgawai Simpanan........
hanya beberapa University jer yang ada pertubuhan.....
ianya nya ditubuhkan untuk memcari bakal2 pegawai askar simpanan....setelah tiga tahu lam pertubuhan nie...
dapatla korang pangkat LEFTANAM MUDA....

ok berbalik kepada kepontengan ku ini......
banyak gak Ilmu tentang Open Source ku dapat setelah kepontengan ini berlaku.......
ha..ha...ha......

Thank Encik Open Source.......

(Mungkin Inilah Masa Depan ku..mana la tahu
kita hanya merancang Tuhan menentukan )

Sunday, October 3, 2010

Me NOw...2010


Assalamualaikum.....hai...
Akhirnya setelah sekian lama ku x menyentuh papan kekunci yang ajaib nie untuk meluahkan sesuatu yang dapat dikongsi bersama......

Dahulu ku selalu memperkata aper sesuatu yang Ilmiah untuk anda semua....terlalu serius.....
now i'm here nak berkongsi secara terbuka tentang kehidupan yang kita lalui bersama......

Sekarang ku ingin memceritakan tentang...


Diriku Dahulu.....


bukan semua mengenali...dri ini.....

Nama Diberi NIK MOHD KHIRUL BIN NIK JUSOH.......Asalnya nama "KHIRUL" adalah "KHAIRUL" but atas kesilapan semasa mendaftar kelahiran begitulah jadinya namaku....
tp aku redha dengan dah ditentukan....kita hanya merancang tuhan yang menentukan...
ku masih bergelar anak muda kerna umurku pada tahun ini pada awal 20-An......
Asalku Dari kampung....Yang dulu tempat yang sangat2 penting bagi Negeri kelahiran ku TERENGGANU.....kerna kampungku mempunyai sejarah yang tersendiri.....
Bukit Besi aku bangga kau memjadi tanah tumpah darahku....

Pendidikan....
Hanya disekolah harian....Sekolah Kebangsaan Bukit Besi...Then Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pulut....Then Sampailah ku Berpijak ke menara Gading di UITM Dungun.....

Orang selalu mengatakan ku Hapenning sangat...Tp Kisah Silamku penuh dengan Kegelisahan sehingga terasanya seperti x berguna......

Ku x kenal siapa diriku...dahulu...
yang aku tahu aku....ikut haluan yang ditentukan.....

now aku ingin jadi diri sendiri....
berdiri atas kaki sendiri...

And Now.....I want shared With you All About Me.....
Thank coz read Bout myself.......

Wassalam.....


Thursday, November 12, 2009

Sakitnya Di tampar..

Renungan.....

Untuk Anda semua...
Ianya mungkin akan lebih menigkatkan keimanan anda kepada Allah SWT..

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali
ke tanah air.Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk
mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3
pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut,seorang
kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu
menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-




1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka
memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?




Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda: Saya tidak boleh.

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan
tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan
dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Itu adalah jawapan bagi soalan awak yang ketiga.Walaupun syaitan
dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Wallahu A'lam..

*** Peringatan Bersama ***


Simpanlah baik-baik tazkirah ini dan sebarkan pada rakan rakan anda sebagai
peringatan kita setiap hari di mana syaitan-syaitan laknatullah ini mengganggu
hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka .Sampaikan
kepada sekelian muslimin/muslimat
yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat,
InsyaAllah .


Friday, October 30, 2009

Apa Yang Anda RAsa.....

Assalamualaikum.....pada saat ini ....saat saya Taip This Post for You All.....Saya ter fikir tentang HATI DAN PERASAAN setiap manusia.....yang menjalani Kehidupan YAng penuh dengan rintangan...So...dengarlah sayutan Hati dan perasaan ku....dan mungkin perasaan mu juga....



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul... kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup...yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.



Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Itulah YAng KIta MAhukan Sebenarnya.....MUsahabahlah diri........

Wassalam........